Ayah...
Aku Lahir Daripada Benihmu
Aku Bersyukur Kau Tak Pernah Membuangku
Walaupun Kau Tak Banyak Berbicara Denganku
Ayah ....
Betapa Besarnya Pengorbananmu Walupun Dirimu Menafikannya
Bagaimana Aku Boleh Tahu ?? Kerana Isterimu Yang Menceritakannya
Biarpun Kau Tak Menunjukkan Kasih Sayang Mu Namun Aku Tetap Tahu
Berdasarkan Gerak Rasa Yang Dikurniakan Oleh Tuhanku Kepada Diriku
Ayah ....
Andainya Aku Dapat Mengucup Dahimu Sepertimana Ku Mengucup Dahi Isterimu
Aku Merasakan Akulah Makhluk Tuhan Paling Bahagia Di Alam Fana' Ini
Aku Akan Tetap Menanti Waktu Yang Sesuai Untuk Mengucup Dahimu
Andainya Ku Tak Sempat Mengucup Dahimu , Cukuplah Jika Kau Mengucup Dahiku
Aku Cuba Mendekatimu, Namun Ku Takut & Aku Goyang Menatap Biji Matamu
Ayah ....
Halalkan Segala Makan Minumku Selama Ini
Hajatku Untuk Melihat Kau & Ibuku Ke Tanah Suci Masih Belum Kesampaian
Hati Aku Sedih Melihat Tatkala Umurmu Di Mamah Usia, Kau Gigih Mencari Rezeki
Handphone Mahal Aku Boleh Beli, Tetapi Nak Hulurkan Kepadamu Aku Berkira
Hanya Allah Sahaja Mengetahui Apa Perasaanku Yang Sebenar Melihat Dirimu
Oh Tuhan, Seandainya Ditakdirkan Hayatku Tinggal Beberapa Hari Lagi, Izinkan Diriku Mengucup Dahi ABAHKU Buat Kali Terakhir ....Sesungguhnya Kepadamu Ku Mohon Pertolongan Ya Allah.
[Source: Facebook]
+++++++++
Walaupun aku copypaste dari Facebook, sungguh.... siapa yang cipta diari ni, luahan dia serupa dengan apa yang aku rasa dan alami. Apa yang dia nak sampaikan, betul-betul buat aku tersentuh. ='/
Ayah ..
Maafkan anakmu ini kerana jarang bertegur, jarang bertanya khabar, jarang menunjukkan rasa kasih kepada mu.
Diri ini terasa berdosa.
Maafkan segala kesalahanku..
Halalkan segala makan minumku dari kecil hingga kini....
.... sebelum aku pejam mata.